Tuesday, July 24, 2012

Maksud Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas

Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas

Surah Al-Ikhlas

  • Katakanlah (Wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  • Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
  • Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
  • Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.


Surah Al-Falaq

  • Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
  • Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
  • Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
  • Dari kejahatan yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
  • Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.


Surah An-Anas

  • Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
  • Yang Menguasai sekalian manusia.
  • Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
  • Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
  • Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
  • (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.



P/s: Sekadar perkongsian bersama supaya kita membaca dan memahami Surah-Surah ini ketika membacanya di dalam Solat kita. Amin.




No comments:

Post a Comment

Please Leave a decent comment. Thanks.